Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan pegawainya yang menyatakan kes berkenaan ditutup mungkin hanya menumpukan kepada satu aspek namun siasatan yang dibuat merangkumi pelbagai sudut yang lebih luas.