Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Kepatuhan kepada undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu diberi perhatian bagi penyelesaian jangka panjang dan mampan di Syria.

Kementerian Luar Negeri berkata, pendekatan itu disandarkan kepada resolusi berkaitan yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia menekankan kepentingan melindungi institusi nasional utama di Syria sambil memastikan kebajikan dan hak rakyatnya terus menjadi keutamaan.

“Pada masa yang sama, prinsip kedaulatan, kemerdekaan, dan keutuhan wilayah Syria perlu dihormati sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Wisma Putra, semua pihak yang terlibat dalam konflik itu disarankan agar melibatkan diri dalam dialog yang inklusif dan konstruktif.

Katanya, langkah ini dilihat penting untuk membuka laluan kepada proses pemulihan, keamanan, dan kestabilan jangka panjang di rantau tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here