JAS Kedah mengambil tindakan ke atas sebuah syarikat yang membina loji kitar semula plastik tanpa kebenaran di Sungai Petani, pada 3 Julai lalu. - Gambar file

SUNGAI PETANI – Sebuah syarikat kitar semula sisa pepejal kawasan perindustrian Taman Ria Jaya di sini, didenda RM75,000 atas kesalahan membina loji kitar semula tanpa kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, hukuman itu diputuskan Hakik Mahkamah Sesyen, Azman Abu Hassan selepas selepas pengurus syarikat selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

“Berdasarkan fakta kes,  Ops Gempur yang diketuai saya bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 3 Julai lalu mendapati loji kitar semula dibina di kawasan tersebut bagi menjalankan aktiviti kitar semula sisa pepejal (sisa plastik) tanpa kelulusan EIA daripada JAS.

“Bagi kesalahan itu, syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Pegawai Pendakwa JAS, Muniff Mat Rus dan Ahmad Mustaqim Mohd memohon hukuman setimpal kerana kes itu mendapat perhatian menteri namun pengurus syarikat memohon hukuman ringan atas alasan tidak lagi menjalankan proses kitar semula sisa plastik di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here