KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan seorang individu dipercayai membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Sungai Buloh-Kepong berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sri Damansara, Petaling Jaya, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihanya telah mengesan video tular memaparkan insiden tu pada jam 2.3 petang tadi.
“Sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima dari mana-mana pihak dan tindakan lanjut mengesan suspek sedang dijalankan.
“Perbuatan khianat itu boleh dihukum dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
M Hussin Sollehuddin menasihati semua pihak supaya tidak melakukan tindakan yang membahayakan nyawa, merosakkan harta benda atau keselamatan orang lain.
“Kita meminta mana-mana saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” jelasnya.
Terdahulu, tular rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang lelaki berada di bawah jambatan berdekatan susur keluar MRT Sri Damansara membaling batu ke arah kenderaan di atas jalan raya. – MalaysiaGazettte
https://x.com/MalaysiaGazette/status/1866149459127841165