Posters with images of South Korea President Yoon Suk Yeol are seen during a candlelight rally calling for the ouster of the president in Gwanghwamun in Seoul on December 5, 2024. - Photo AFP

SEOUL- Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dihalang daripada meninggalkan negara, kata Kementerian Kehakiman, hari ini.

Sekatan itu dilaksanakan kurang seminggu selepas beliau mencetuskan huru-hara di negara itu dengan memperkenalkan undang-undang tentera.

Kementerian Kehakiman turut mengesahkan, Yoon merupakan satu-satunya Presiden Korea Selatan pertama disekat daripada negara itu.

Turut disenarai dalam larangan ke luar negara itu adalah bekas Menteri Pertahanan, Kim Yong hyun, bekas Menteri Dalam Negeri, Lee Sang min dan Jeneral Park An su, pegawai yang bertanggung jawab terhadap operasi undang-undang tentera serta Komander Yeo In hyung, seorang pegawai anti risikan pertahanan.

Untuk rekod, Yong hyun kini sedang berada di dalam tahanan.

Pada 3 Disember lalu, Yoon mengerahkan pasukan tentera khas dan helikopter ke Parlien sebelum pembuat dasar memaksa beliau menolak perintah tersebut.

Beliau yang semakin hilang populariti terselamat daripada usul pemecatannya di Parlien, Sabtu lalu kerana tidak cukup korum.

Walaupun masih kekal memegang jawatan tersebut, pasukan penyiasat telah mula melakukan siasatan termasuk kes berhubung pemberontakan yang didakwa dilakukan beliau dan sekutunya. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast