TANGKAK – Seorang warga emas kerugian RM66,199 selepas terpedaya dalam pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Dearah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa yang berusia 71 tahun membuat laporan polis semalam, mendakwa diperdaya pelaburan saham tersebut.
“Mangsa mendakwa terlibat dalam pelaburan saham Cap Max yang melibatkan kerugian RM66,199 selepas melakukan lima transaksi ke dalam dua akaun bank berbeza.
“Dalam kes ini mangsa melihat tawaran pelaburan saham melalui aplikasi telefon pintar dan tertarik untuk melabur kerana dijanjikan pulangan lumayan dan jaminan modal,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mangsa percaya pelaburan tersebut adalah benar kerana didapati bayaran modal yang dibuatnya berada dalam aplikasi berkenaan.
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh didenda hukuman oenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda serta didenda.
Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntugan lumayan dengan cara mudah dalam tempoh segera.
Orang ramai katanya, dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu atas mana-mana pelaburan sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.
“Masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa maklumat terkini berkaitan scam melalui laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil seperti Facebook, Instagram da TikTok,” katanya.- MalaysiaGazette