Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR – Setakat 31 Oktober 2024, seramai 2.65 juta (36.2%) daripada 7.33 juta ahli aktif formal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berumur 18 hingga 55 tahun telah mencapai simpanan asas mengikut umur berbanding 2.21 juta (30.4%) daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun Persaraan yang ditetapkan KWSP bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, simpanan asas ini membolehkan ahli memperoleh jumlah minimum sebanyak RM1,000 setiap bulan pada tahun pertama persaraan.

Namun, kesan daripada gandaan dividen tahunan membolehkan nilai pengeluaran pendapatan persaraan bulanan bertambah dari tahun ke tahun.

Beliau berkata, dalam usaha membantu ahli membina simpanan persaraan, KWSP telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke KWSP.

“Bagi ahli yang bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11% pada bila-bila masa.

“Setakat Oktober 2024, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP telah mendaftar dan mencarum melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja.

“Selain itu, ahli KWSP juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa melalui Caruman Sukarela bagi menambah simpanan mereka, tertakluk kepada had caruman tahunan sebanyak RM100,000 setahun,” katanya di

Amir Hamzah menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategi Kerajaan dalam memastikan seseorang individu mempunyai jumlah simpanan dalam KWSP mencukupi untuk membolehkan mereka menikmati kehidupan yang selesa selepas bersara pada umur 60 tahun.

Jelas menteri itu lagi, pada tahun 2024, seramai 1.0 juta ahli aktif telah membuat caruman sukarela setakat Oktober 2024, dengan jumlah
amaun caruman sebanyak RM11.16 bilion.

Selain itu, melalui penstrukturan semula akaun KWSP, caruman Akaun Persian (dahulunya Akaun 1) yang bertujuan sebagai simpanan persaraan telah ditingkatkan sebanyak 75% berbanding 70% sebelum ini juga dilihat mampu mempercepatkan ahli mencapai Simpanan Asas.

Tambahnya, melalui Belanjawan 2025, program i-Saraan juga akan ditambah baik dengan menaikkan insentif padanan daripada 15% kepada 20%,
tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup sebanyak RM5,000 bagi setiap individu. Program i-Suri juga
diteruskan pada tahun 2025 tertakluk kepada had maksimum insentif padanan kerajaan sebanyak RM300 setahun dan RM3,000 untuk
seumur hidup, atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here