gambar hiasan

MARAN – Sebanyak empat buah Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di Maran hari ini susulan hujan  berterusan sejak dua hari lalu di negeri ini.

Menerusi infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, seramai 45 mangsa banjir terdiri daripada 13 keluarga ditempatkan di semua PPS berkenaan.

Pusat Pemindahan Tetap Luit dibuka sejak malam tadi menempatkan 15 mangsa.

Seramai tujuh mangsa banjir diletakkan di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Baru Sungai Chedong, Pusat Pemindahan Kg. Ulu Luit (42) dan Surau Bukit Kuin (5) dibuka hari ini.

Menerusi laporan dari Jabatan Pengairan Saliran (JPS) paras air Sungai Pahang yang melepasi paras bahaya ialah di Sungai Luit dan Sungai Belat.

Tiga lagi sungai berada pada paras amaran membabitkan Sungai Kuantan, Sungai Kechau dan Sungai Lembing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here