Tertuduh berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan November tahun lalu.

MELAKA – Seorang badut belon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan November lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun tanpa kerelaannya.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun sehingga 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap tubuh mangsa sama yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Tehel, dalam daerah Jasin, di sini kira-kira pukul 6 pagi 25 November lalu.

Perbuatan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan serius namun mencadangkan RM10,000 sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara serta syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya bagaimanapun memohon jaminan rendah dengan alasan hanya bekerja sebagai pengutip besi dan badut menjual belon.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan kes disebut semula 14 Januari depan untuk lantikan peguam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here