Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berucap pada Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia (PDRM) : Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan Dalam Mengekalkan Keamanan Negara di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan belum menerima laporan melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Batu Puteh.

“Kita belum terima apa-apa lagi laporan (isu Batu Puteh),” katanya secara ringkas dalam sidang media.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Pelancaran buku PDRM: Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir berkaitan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, susulan keputusan Kabinet menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) mengenainya pada 2018.

Ia antara Syor Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Menerusi laporan setebal 217 itu, suruhanjaya terbabit menyatakan, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir atas kesalahan di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun yang sama serta di bawah Seksyen 418 Kanun yang sama.

Susulan itu, satu cadangan telah diutarakan supaya satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya bagi membolehkan siasatan itu dimulakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here