KUALA LUMPUR – Amaran hujan berterusan (Buruk) di Hulu Terengganu, Marang, Dungun & Kemaman; dan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan & Rompin di Pahang berkuat kuasa sehingga 11 Disember 2024.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, amaran hujan berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga 12 Disember 2024 di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik & Baling di Kedah.
Selain itu Hulu Perak & Kuala Kangsar, Perak; Kelantan dan Besut, Setiu, Kuala Nerus & Kuala Terengganu.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga 11 Disember 2024 melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh & Bera di Pahang. – MalaysiaGazette