Lima pegawai cedera ringan selepas MPV dinaiki terlibat kemalangan lima kenderaan di Permas Jaya, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terlibat kemalangan lima kenderaan di Permas Jaya, di sini, hari ini.

Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan pada pukul 1.15 petang itu membabitkan sebuah lori, MPV, kenderaan pacuan empat roda dan dua kereta.

“Kemalangan dipercayai berlaku akibat pemandu lori yang gagal mengendali kenderaan dipandunya.

“Kenderaan JIM terbabit dinaiki enam pegawai. Lima daripada mereka mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi tidak cedera.

“Dua daripadanya ditahan di wad ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini manakala tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar sahaja

“Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang dua kereta termasuk lori tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan.

Sementara mangsa yang cedera katanya, dibawa ke HSA untuk rawatan lanjut.

Menurut Raub, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here