KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan pelbagai barangan runcit bernilai RM2,688 dalam operasi yang dijalankan di Banggol Kong Jeram Perdah Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PGA dalam kenyataan berkata, rampasan dilakukan pukul 10.30 malam apabila pihaknya ternampak sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai barangan runcit ditemui di dalam kenderaan berkenaan tanpa dokumen yang sah. Op Wawasan yang dijalankan turut menahan seorang wanita warga tempatan berumur 46 tahun,” katanya,
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dan barang rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette