Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berucap pada Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia (PDRM) : Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan Dalam Mengekalkan Keamanan Negara di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang dikaitkan dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dalam pemerhatian polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses siasatan juga masih diteruskan berikutan terdapat beberapa maklumat diperlukan pihaknya.

“Kita boleh katakan siasatan masih berjalan sebab dia (Roger) orang masih dalam kawalan kita lagi. Ada lagi maklumat yang kita perlukan mengenai dokumen.

“Dia bukan seperti satu kertas atau dua kertas.. bukti itu banyak untuk kita kaji dan lihat semula,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran buku PDRM: Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara di sini hari ini.

Pada tahun lalu, polis menumpukan siasatan terhadap modus operandi Roger berhubung penjualan nota sekuriti bon bernilai AS$6.5 bilion bilik anak syarikat 1MDB.

Razarudin dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan termasuk mengenalpasti dan mendapatkan semula aset milik lelaki itu yang dipercayai diperoleh daripada hasil 1MDB sebelum diserah kepada SPRM dan tiada had masa untuk siasatan dilakukan.

Media sebelum ini melaporkan, Roger tiba di Malaysia pada Oktober tahun lalu bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1MDB.

Roger yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana kekayaan 1MDB akan diserahkan kepada Malaysia.

Dia dihantar balik ke Malaysia bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB atau Goldman Sachs. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

1MDB: Pasukan peguam Najib mahu jumpa Roger

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here