Rakaman memaparkan seorang lelaki yang bertindak mencuri telefon bimbit di sebuah kedai di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor pada Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Polis giat memburu seorang lelaki yang mencuri telefon bimbit di sebuah kedai di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai itu berusia 41 tahun pada jam 10.56 malam.

“Suspek datang ke kedai tersebut dan berpura-pura ingin membeli telefon dengan bertanyakan harga serta berhasrat ingin melihatnya.

“Pekerja kedai itu telah mengeluarkan kotak mengandungi satu telefon bimbit berjenama Infinix dan ketika mangsa mengambil pisau untuk membuka kotak, suspek terus membawa lari telefon tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, siasatan mendapati suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dan nombor pendaftaran tidak dikenalpasti.

Malah motosikal tersebut dipercayai ditunggang seorang lagi rakan suspek yang menunggu di luar kedai tersebut untuk melarikan diri.

“Kejadian itu menyebabkan pemilik kedai kerugian dianggarkan RM599 dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Che Fareez Qusyairy Che Omar di talian 018-2929263. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here