BEIJING- Presiden China, Xi Jinping memberi amaran bahawa perang dagang dengan Amerika Syarikat tidak akan melahirkan “mana-mana pemenang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sempena pelantikan Presiden Donald Trump, bulan depan.
Trump melancarkan perang dagang dengan China semasa penggal pertama pemerintahannya dengan mendakwa berlaku kecurian harta intelek serta amalan tidak adil yang lain.
Beliau turut berikrar untuk mengenakan tarif lebih tinggi ke atas China selepas memasuki pejabat bulan depan, sedangkan Beijing sedang bergelut dengan pemulihan ekonomi pasca pandemik.
“Perang perdagangan dan perang teknologi yang bertentangan dengan trend sejarah serta peraturan ekonomi akan berterusan. Tetapi tiada siapa akan menang.
“China bersedia untuk meneruskan dialog dengan kerajaan AS, meluaskan kerjasama, menguruskan perbezaan dan meningkatkan pembangunan hubungan China-AS dalam hala tuju yang stabil, sihat serta mapan,” kata Jinping mengenai hubung China-AS semasa bertemu dengan beberapa ketua institusi kewangan pelbagai hala di Beijing.
Beijing mensasarkan pertumbuhan tahunan sekitar lima peratus tahun ini meskipun berdepan kelembapan penggunaan domestik, kadar pengangguran tinggi serta krisis berpanjangan dalam sektor hartanah.
Tambah Jinping, China percaya bakal mencapai sasaran pertumbuhannya tahun ini. -AFP