Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuhkan bidang penyelidikan dan pembangunan apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Charoen Pokphand Group sebuah konglomerat terkemuka dari Thailand.

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuhkan bidang penyelidikan dan pembangunan apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Charoen Pokphand Group sebuah konglomerat terkemuka dari Thailand.

Majlis menandatangani MoU tersebut memfokuskan kerjasama strategik dalam bidang pembiakbakaan haiwan terutamanya krustasia serta kelestarian perikanan.

Kerjasama itu turut menyokong usaha memenuhi tuntutan Keterjaminan dan Keselamatan Makanan Dunia selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Ketua Projek, Dr. Mohd Fazrul Hisam bin Abd Aziz yang juga pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT menyatakan bahawa inisiatif itu akan membuka peluang untuk
memanfaatkan kepakaran kedua-dua pihak dalam membangunkan teknologi moden bagi pembiakbakaan krustasia.

“Kami berharap melalui kolaborasi ini, UMT dapat menyumbang kepada pembangunan sektor perikanan yang lestari, di samping menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi yang dapat diaplikasikan di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

Charoen Pokphand Group mempunyai pengalaman luas dalam sektor akuakultur dan perikanan menjadikan kerjasama itu sebagai platform penting untuk dalam pengembangan penyelidikan, pemindahan teknologi, latihan kepada pelajar dan penyelidik serta pelaksanaan projek berskala besar.

Majlis yang berlangsung di Dewan Jamuan Senat UMT itu turut dihadiri oleh Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Dekan Fakulti Perikanan dan sains Makanan, Profesor Ts. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid serta pegwai-pegawai UMT.

Manakala Charoen Pokphand Group Co. Limited Thailand diwakili oleh Timbalan Presiden Kanan, Jhomkitti Sirikul dan Penolong Timbalan Presiden, Pilailuck Pichaiwatt.

Dalam ucapan beliau, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri menyatakan bahawa kerjasama itu merupakan satu langkah penting ke arah mewujudkan inovasi baharu yang relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

“Kerjasama ini dijangka memberikan impak positif bukan sahaja kepada sektor perikanan dan akuakultur tetapi juga kepada ekonomi dan kelestarian sumber semula jadi.

“Dengan terjalinnya hubungan strategik ini, UMT terus mengukuhkan peranan sebagai universiti berteraskan ilmu maritim dan sains akuatik yang diiktiraf bertaraf antarabangsa”. katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here