Seorang wanita warga Singapura maut selepas motosikal kuasa tinggi yang diboncengnya kemalangan di kilometer 49.5, Lebuh Raya Utara Selatan, Kulai hari ini.

KULAI – Seorang wanita warga Singapura maut manakala seorang lelaki cedera selepas motosikal kuasa tinggi mereka terlibat dalam kemalangan di kilometer 49.5, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 9.15 pagi melibatkan wanita tersebut yang membonceng, 21, dan lelaki, 23, yang menunggang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Kawasaki Ninja ZX-10 dari arah utara ke selatan telah hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

“Akibat dari kemalangan itu pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penunggang mengalami kecederaan di bahagian kaki dan menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini.

“Kedua-dua mangsa merupakan warga Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here