Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Sejumlah 355 aduan pelbagai di peringkat pakar, pegawai perubatan, pegawai perubatan pelatih dan paramedik dilaporkan berlaku di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi 10 aduan merangkumi buli.

“Setakat 30 September 2024, empat aduan berkaitan unsur buli yang didapati berasas dan aduan ini telah diambil tindakan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan lain yang berkuat kuasa.

“Enam aduan dalam peringkat siasatan untuk pengesahan dan pembuktian sama ada benar-benar perbuatan buli atau tidak; dan baki sebanyak 345 aduan lagi merupakan aduan pelbagai berkaitan hal-hal perkhidmatan, permohonan kenaikan pangkat, pertukaran, kepincangan pengurusan, isu komunikasi dan lain-lain,” kata Dzulkefly dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Dr Dzulkefly menjawab pertanyaan lisan Datuk Dr Ahmad yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang ingin tahu statistik kes buli yang melibatkan pakar, pegawai perubatan, pegawai perubatan pelatih dan paramedik yang dilaporkan.

Mengulas lanjut, beiau berkata, KKM tidak sesekali berkompromi dengan sebarang perlakuan buli.

“Setiap aduan yang dikemukakan akan diperincikan bagi menentukan kesahihannya sebagai suatu perlakuan buli bagi diambil tindakan pembetulan atau punitif,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here