KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 12 Disember 2024 hingga 18 Disember 2024, kata Kementerian Kewangan.
Sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter dan RON95 RM2.05 seliter.
Manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter; dan di Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette