Tangkap layar memaparkan seorang budak perempuan dirotan seorang lelaki dipercayai berlaku di sebuah rumah anak yatim di Taman Mas, Kulai.

KULAI – Pemilik rumah anak yatim di Taman Mas di sini yang dikatakan memukul kanak-kanak perempuan dengan pembaris kayu panjang dalam satu video tular direman selama enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu adalah bagi menjalankan siasatan bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Permohonan reman dibenarkan Majistret Pontian Arina Azmin Ahmad Marzuki. Mahkamah Majistret Pontian membenarkan permohonan reman Orang Yang Disyaki (OKDS) bermula hari ini sehingga 16 Disember depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, beliau dilapor mengesahkan menerima laporan pada pukul 10.29 malam Ahad lalu dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku di pusat jagaan swasta tersebut membabitkan mangsa iaitu penghuni berusia 10 tahun.

Seng Lee turut dilaporkan berkata, mangsa telah dipukul oleh lelaki tempatan berkenaan yang juga penjaga rumah anak yatim tersebut pada Oktober lalu.

Tindakan suspek yang memukul kanak-kanak itu sebelum ini tular dalam Facebook menerusi satu rakaman video tular berdurasi 56 saat dipercayai berlaku di pusat jagaan swasta.

Suspek dilihat terus memukul kanak-kanak perempuan terbabit dengan disaksikan beberapa lagi kanak-kanak lain biar pun mangsa sudah memohon maaf.

Sebelum ini, beliau memaklumkan suspek juga terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga penghuni rumah anak yatim itu, direman bermula 30 November hingga semalam bagi siasatan bawah Seksyen 376 kanun keseksaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here