Amir melepaskan misi hari misi Skuad Ihsan Madani untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan hari ini.

KUALA LUMPUR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hari ini melepaskan misi Skuad Ihsan Madani untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Ketua pengarahnya, Amir Matamin berkata, skuad yang dianggotai 89 anggota LPP daripada ibu pejabat, cawangan Melaka dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) itu akan membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di Rantau Panjang dan Tumpat.

“Kita akan membuat kerja-kerja pembersihan di pejabat pertubuhan-pertubuhan peladang yang terjejas, begitu juga dengan anggota-anggota yang jadi mangsa banjir termasuk juga premis-premis pertubuhan peladang yang mana terjejas teruk,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Flag Off Pasca Banjir Skuad Ihsan Madani ke Negeri Kelantan di Menara LPP hari ini.

Amir Matamin

Tambah Amir, skuad berkenaan turut membawa sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kedua-dua daerah berjumlah RM100,000.

“Sedikit sebanyak bantuan daripada skuad ini akan meringankan beban mereka yang terjejas banjir. Kita mengharapkan agar skuad kita dipermudahkan urusan,” katanya lagi.

Amir berkata, skuad tersebut dijangka akan melaksanakan misi berkenaan sehingga 14 Disember ini.

“Tetapi kita melihat jika ada keperluan tempoh masa dilanjutkan, mungkin kita akan berbuat demikian,” tambahnya.

Pada majlis yang sama, Puspanita LPP turut menyerahkan peralatan keperluan harian seperti barangan mencuci rumah, kit kebersihan diri, lampin pakai buang kanak-kanak dan makanan sedia dimakan kepada Skuad Ihsan Madani bagi tujuan agihan kepada mangsa banjir.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here