Penghulu, Razali Awang memantau keadaan banjir yang melanda Kampung Felda Chiku 7, Gua Musang. Foto SADIQ SANI, 10 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR- Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Gua Musang meningkat kepada 307 orang berbanding 288, malam tadi.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa daripada 72 keluarga itu berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 ialah seramai 235 orang daripada 54 keluarga, diikuti di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 (41 orang, 10 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Batu 6 (31 orang, lapan keluarga).

Sementara itu, publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan satu sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai iaitu 24.19 meter (m).

Lima sungai melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang; Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah; Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah; Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here