Xu Baolin - Gambar IPD Dang Wangi.

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan awam untuk mencari seorang lelaki warga emas asing yang dilaporkan hilang di ibu negara sejak 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan lelaki warga China berusia 84 tahun itu pada pukul 11.42 pagi, 9 Disember lalu.

“Siasatan awal polis mendapati lelaki yang hilang itu dikenal pasti identiti sebagai Xu Baolin yang berasal dari negara China.Kali terakhir Xu Baolin dilihat adalah di di tingkat 2, Medan Selera Suria KLCC pada 8 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sulizmie, orang hilang itu berketinggian 159 sentimeter dan memiliki pasport bernombor ED2112829.

Menurut beliau, mangsa tinggal di Dolphin The Eaton Residences KL, di Jalan Kia Peng.

“Lelaki itu sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit dan pergi ke medan selera bersama keluarga lebih kurang empat orang.

“Dia datang melancong bersama keluarga ke Kuala Lumpur dan sepatutnya dijadualkan pulang ke China pada 17 Disember ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan Baolin.

Mereka yang mempunyai sebarag maklumat mengenai orang hilang itu boleh menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-260 02264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here