Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil.3/2024 di Parlimen hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Persekutuan bersetuju melakukan beberapa inisiatif dalam mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan jalan raya yang menjadi isu kritikal di negeri ini.

Perkara tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil.3/2024 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antaranya pelaksanaan rangkaian infrastruktur pengangkutan dan penyuraian trafik di kawasan ‘Greater JB’.

Jelasnya, usaha itu dilakukan dengan mengenal pasti 77 kawasan kesesakan lalu lintas melibatkan empat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kedua adalah pelaksanaan dan cadangan lokasi ‘Park & Ride’ bagi rangkaian perkhidmatan bas.

“Sementara ketiga, penambahan rangkaian laluan bas henti-henti manakala keempat pula, memperluaskan rangkaian infrastruktur jalan raya di Johor terutamanya kawasan ‘Greater JB’,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

Selain itu katanya, mesyuarat juga bersetuju untuk mewujudkan satu task force khas antara kerajaan negeri dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membincangkan isu kesesakan jalan raya dan penyuraian trafik untuk Sistem Rapid Transit (RTS) di Johor Bahru.

“Saya yakin dan pasti dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan, segala usaha dan inisiatif yang telah dirancang dapat dilaksanakan demi memastikan isu kesesakan serta keselamatan jalan raya sentiasa diberi keutamaan demi keselesaan pengguna.

“Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan. Insya-Allah,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here