Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khusus untuk menangani masalah mat rempit di negara ini.

Timbalan menterinya, Datuk Hasbi Habibollah memberitahu Dewan Rakyat, pindaan tersebut akan dibawa bagi mewujudkan tafsiran jelas berhubung isu mat rempit merangkumi kesalahan menunggang motosikal secara melulu, berbahaya atau perlumbaan haram di jalan raya.

“Pindaan ini adalah bertujuan untuk menjadi suatu bentuk pencegahan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti berkenaan,” katanya menjawab soalan lisan kelima Dewan Rakyat hari ini.

Hasbi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu tindakan paling berkesan boleh diambil terhadap kumpulan mat rempit yang sering melakukan aksi berani di lebuh raya yang sentiasa mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau juga berkata, pindaan terhadap Akta 333 yang turut akan memperkenalkan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan aksi bahaya dan lumba haram di jalan raya telah dibawa ke peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk pertimbangan.

“Langkah ini diambil bagi memastikan hukuman dikenakan dapat menjadi bentuk deterrent dan pencegahan kepada pelaku,” katanya.

Pindaan itu bertujuan menjadi satu bentuk pencegahan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti berbahaya itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here