PBM wanita Larry
Zuraida Kamaruddin

PUTRAJAYA – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin secara `sinis’ menyatakan beliau akan membayar ganti rugi RM100,000 kepada parti itu menggunakan  RM1.

Zuraida turut meyifatkan jumlah RM100,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan itu sebagai derma kepada parti berkenaan kerana selaku `kerajaan’, mereka juga memerlukan sumbangan.

“Bayar kepada PKR `seringgit-seringgit’,” demikian kata beliau ketika ditanya bila ganti rugi itu akan dibayar kepada parti berkenaan.

Zuraida menyatakan demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan sebahagian rayuan dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM100,000.

Mahkamah mengurangkan ganti rugi daripada RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi kerana melanggar syarat bon yang ditandatanganinya.

Terdahulu, Zuraida meluahkan kesyukuran kerana panel hakim membuat penilaian yang bijaksana berhubung amaun ganti rugi yang wajar dikenakan terhadapnya.

Beliau berharap keputusan mahkamah itu akan menjadi pengajaran kepada semua parti yang mahu mengikat ahlinya atas nama kesetiaan.

“Kesetiaan bukan kepada parti tapi kepada perjuangan. Jika parti dan perjuangan itu tidak betul, takkan kita hendak duduk lagi.

“Mahkamah tahu apa amaun yang wajar, kalau hendak saman bukanlah ke tahap gila sampai RM10 juta,” ujar beliau.

Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika ditemui menyatakan, jumlah RM10 juta yang perlu dibayar oleh anak guamnya, sebagai keterlaluan dan tidak munasabah.

Ujar beliau, mahkamah berpendapat, amaun yang munasabah hanya berkaitan perbelanjaan pilihan raya untuk satu-satu kawasan Parlimen.

Azhar menjelaskan, pada 2014, perbelanjaan yang dibenarkan bagi setiap kerusi Parlimen adalah RM200,000.

“Mahkamah turut mengambil kira tempoh 22 bulan anak guam menjadi menteri dan wakil rakyat dan memutuskan jumlah yang munasabah adalah RM100,000,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada anak guamnya akan mengemukakan rayuan, Azhar berkata Zuraida perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Zuraida perlu bayar RM100,000 bukan RM10 juta kepada PKR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here