Datuk Seri Ir Dr. Ahmad Samuri Mokhtar

KUANTAN – Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir Dr. Ahmad Samuri Mokhtar enggan mengulas tindakannya melepaskan jawatan itu.

Beliau berkata, tiada kenyataan mengenai perkara itu akan dilakukan pada hari ini.

“Saya tahu ‘headline’ media hari ni. Sampai waktu, saya akan beritahu (kenyataan),” katanya yang juga Menteri Besar Terengganu mengenai tindakannya selepas Majlis Penyerahan Projek Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang di rumah Pam Penggalak Gebeng, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here