Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang terjejas banjir di Kampung Kilang Pantai Remis dengan membawa mereka ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas. Foto JBPM PERAK

MANJUNG – Pasukan bomba menyelamatkan 35 mangsa yang terjejas banjir di Kampung Kilang, Pantai Remis dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, ia susulan berlaku banjir kilat sehingga aras air dianggarkan setinggi 0.3 sehingga 0.5 meter.

Katanya, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pukul 12.15 tengah malam dan pasukan bomba tiba di lokasi pukul 1.14 pagi.

Ujar Sabarodzi, kesemua mangsa berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas oleh 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dan BBP Trong.

“Keadaan cuaca hujan di lokasi ketika ini telah berhenti. Kesemua mangsa telah diselamatkan menggunakan bot dan bawa ke PPS untuk penempatan sementara.

“Operasi pemantauan masih diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Operasi yang diketuai Ketua BBP Pantai Remis, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Akmal Hussin tamat pada jam 7.48 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here