BANGKOK: Pengeluaran candu di Myanmar merosot buat kali pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tetapi negara itu kekal sebagai pengeluar terbesar narkotik di dunia.
Tahun lalu Myanmar menjadi pengeluar candu terbesar di dunia, menuai 1,080 tan narkotik, lebih dua kali ganda berbanding tuian Afghanistan sebelum Kerajaan Taliban membanteras penanaman popi.
Myanmar mengeluarkan 995 tan candu pada 2024, menurut Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
Terdapat “kaitan yang kuat” antara penuaian yang berkurangan dan konflik yang semakin meningkat di kawasan pertanian popi tradisional, kata pegawai penyelidik Inshik Sim.
Perang saudara Myanmar melonjakkan perdagangan dadah rentas sempadan, kata pegawai Thailand
Sebahagian timur negeri Shan menghasilkan kira-kira 80 peratus tanaman, terlibat dalam pertempuran tahun ini, yang menurut Tinjauan Candu Myanmar 2024 telah mendorong ramai petani popi meninggalkan ladang mereka.
Had pergerakan ke kawasan terpencil dan musim tengkujuh yang melampau disebut sebagai faktor lain yang mungkin memacupenurunan itu.
Laporan itu juga mendapati lebihan bekalan dalam pasaran heroin serantau dan peralihan dalam rantaian bekalan global dadah mungkin telah mengurangkan permintaan untuk eksport opiat dan menyebabkan penurunan harga.
Tetapi UNODC berkata, hasil tuaian tahun ini masih mewakili Myanmar kedua terbesar dalam dua dekad lalu dan sumber utama pendapatannya.
Ekonomi Myanmar merosot sejak rampasan kuasa, dengan Bank Dunia minggu ini meramalkan penguncupan 1 peratus pada tahun fiskal yang berakhir Mac 2025. – Agensi