Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Banjir di Terengganu semakin pulih dengan 80 mangsa daripad 16 keluarga sahaja yang masih berada di pusat pemindahan sementara.

Setakat jam 8 pagi tadi, dua PPS masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh dan Balai Raya Padang Kemunting di Kemaman.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, PPS SK Kampung Baru Kerteh yang dibuka pada Isnin lalu menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga.

Di Balai Raya Padang Kemunting pula, ia menjadi tempat berlindung 76 mangsa daripada 15 keluarga.

Banjir yang melanda Dungun pulih sepenuhnya susulan penutupan empat PPS secara berperingkat bermula tengah hari semalam.

Banjir di Terengganu bermula Isnin lalu itu menyaksikan dua daerah terjejas iaitu Kemaman dan Dungun.

Ketika ini, keadaan cuaca cerah dan jumlah mangsa yang terkesan menunjukkan trend menurun.

Sementara itu, tiada sungai direkodkan melepasi paras bahaya, amaran dan waspada walaupun kebanyakan sungai utama di Terengganu masih mencatatkan bacaan melepasi paras normal. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here