KUALA LUMPUR – Peminat Lee Zii Jia tampil mempertahankan pemain badminton kebangsaan itu yang didakwa tidak menyedari bendera Malaysia dicetak terbalik pada baju.
Mereka berkata, Zii Jia hanya memberikan fokus pada tugasnya sebagai atlet dan tidak terlibat dalam reka bentuk pakaian tersebut.
Seorang pengguna twitter, @galilelleo menyiarkan rakaman video yang memaparkan pemain itu sedang menukar baju baharu pada set kedua dan tidak sedar terhadap kesilapan cetakan itu.
“Tengok lah baju tu baju baru masih ada tag ya,” katanya pada platform X.
Peminat lain berpendapat adalah tidak adil untuk menyalahkan atlet itu semata-mata kerana kecuaian pihak penaja.
Beliau turut menyiarkan klip video yang menunjukkan Zii Jia tidak sedar cetakan bendera terbalik pada baju yang dipakainya.
Sebelum ini, tular gambar menunjukkan bendera Malaysia dicetak terbalik pada pakaian pemain badminton negara itu.
Susulan itu, penaja Zii Jia, Victor memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan memastikan perkara sama tidak berulang.
Sesetengah pihak mepersoalkan tindakan Zii JIa yang dianggap tidak sensitif, sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial. – MalaysiaGazette