Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof .

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak yang diselamatkan dari premis jagaan GISB Holdings (GISBH) menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding sebelum ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pentadbiran negeri masih melaksanakan modul khas membabitkan pemulihan akidah dan sosial kepada kanak-kanak terlibat.

Katanya, lebih 100 kanak-kanak masih berada di rumah kebajikan berkenaan, dengan kebanyakannya mempunyai masalah pengenalan identiti dan tiada waris sah yang datang menuntut.

“Kita masih terus laksanakan modul khas. Mereka tunjuk perubahan ketara dan sudah pandai solat dan mengaji. Selama ini mereka tidak dapat pendedahan (agama) kerana diajar perkara lain,” katanya.

Bermula 1 Oktober, MAIS melaksana proses pemulihan akidah kanak-kanak GISBH menggunakan modul khas yang dibangunkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor.

Tindakan itu diambil susulan penubuhan pasukan khas oleh Kerajaan Negeri merangkumi agensi agama Islam dan kebajikan masyarakat bagi membantu kanak-kanak terbabit.

Sejak Op Global fasa pertama bermula awal September lalu, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun diselamatkan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here