Pemberontak Syria meraikan kerajaan di tengah bandar Homs pada 8 Disember 2024, selepas tentera pemberontak memasuki bandar ketiga Syria semalaman. foto AFP

Oleh Ismail Hashim Yahaya

SEBENARNYA  kejatuhan kerajaan Basher al Assad tidaklah mengejutkan cuma ketepatan masanya yang dinantikan. Akar kejatuhan kerajaan Assad boleh dijejaki ke 2012, ketika Iran pertama kali komited untuk mengekalkan pemerintahan Assad. Mejar Jeneral Qassem Soleimani, komander Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), memulakan beberapa siri lawatan ke Syria untuk menilai kestabilan rejim Assad.

Selepasan lawatan beliau bimbang tentang keupayaan regim untuk mempertahankan serangan pihak pemberontak. Soleimani juga pergi ke Lubnan untuk bertemu dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sheikh Hassan Nasrallah bagi mengukuhkan regim Assad. Lobi Nasrallah dan Soleimani membuatkan Iran membuat keputusan untuk campur tangan secara ketenteraan di Syria, terutamanya dalam memujuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei dan Majlis Keselamatan Tertinggi Iran untuk mengatasi keraguan akan pertahanan Syria.

Namun Khamenei prihatin akan komitmen kewangan dan operasi yang besar yang diperlukan untuk campur tangan dalam rancangan yang berskala besar. Bagaimanapun, Nasrallah dan Soleimani membentangkan kes yang menunjukkan campur tangan ini sebagai penting untuk menjaga kedua-dua masa depan Hizbollah dan pengaruh serantau Iran yang lebih luas. Hujah mereka tertumpu kepada ancaman yang wujud bahawa kejatuhan Assad akan menjejaskan kepentingan strategik mereka dan kepada apa yang dipanggil Paksi Penentangan.

Namun ternyata kedua Soleimani (dibunuh pada Januari 2020 semasa Donald Trump jadi Presiden) dan Nasrullah baru-baru ini. Pembunuhan Solemani rancangan melemahkan Assad dan pembunuhan adalah Nasrullah pukulan maut ke atas kerajaan Assad yang menantkan masa untuk dijatuhkan.

Keadaan menjadi semakin buruk pada 2023 dan perkembangan-perkembangan sepanjang tahun tersebut betapa lemahnya kerajaan pimpinan Assad hanya dengan bantuan udara Russia dan darat Iran dan Hezbollah mengapungkan jasad kerajaan pimpina Assade yang olah-olah menunggu masa untuk mati lemas dalam bahtera gelora di Syria. Assad sejak setahun lalu telah mula mengadakan hubungan dengan negara-
negara Teluk dengan membelakanhkan Iran.

Media antarabangsa sudah mula melaporkan perkembangannya tetapi beritanya secara berselerak seolah-olah tiada kaitan antara satu dengan yang lain dan jika titik-titiknya disambung sehingga kepada pelariannya dari bumi Syria, pembaca akan perhatikan bahawa sudah ada perancangan awal menunggu masa untuk digulingkan. Laporan Reuters (9 Mach 2023) menyebut Presiden Syria Bashar al Assad tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan rasmi dengan ditemani isterinya Asma al Assad, ketika lebih banyak negara Arab telah memberi isyarat keterbukaan untuk mengurangkan pengasingan Damsyik.

Lawatan itu ditandai dengan lebih banyak upacara berbanding lawatan sebelumnya ke UAE pada tahun lalu, yang merupakan lawatan pertamanya ke negara Arab sejak perang saudara Syria bermula pada 2011, apabila negara Teluk termasuk UAE menyokong pemberontak yang berjuang untuk menggulingkan Assad. Lawatan pertama Assad ialah pada 19 March 2022. Dua bulan kemudian pada Mei 2023, Assad tiba di bandar pelabuhan Saudi Jeddah, menurut TV Al-Arabiya dan televisyen kerajaan Syria. (Al Jazeera, 18 Mei 2023).

Al-Assad menghadiri sidang kemuncak Liga Arab selepas Syria dikembalikan kepada pertubuhan serantau itu pada bulan yang samai, lebih 11 tahun selepas penggantungannya. Liga Arab yang memutuskan untuk menerima semula keanggotaan Syria selepas keanggotaanya digantung selama 12 tahun pada Mei 2023 menandakan Assad telah tunduk kepada tuntutan negara-negara Teluk khususnya. Perkara yang adalah mengikut skrip drama melalui plot-plot yang akan
disiarkan dalam berita di media.

Berucap pada sidang akhbar di Kaherah, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry berkata menteri-menteri luar Liga Arab bersetuju untuk menerima semula penyertaan delegasi kerajaan Syria dalam mesyuarat Liga. Keputusan itu buat pada mesyuarat menteri-menteri luar negara Arab di ibu negara Mesir. Pada Oktober 2023, The Arab News (12 Oktober 2023) melaporkan rejim Syria telah mengusir misi diplomatik Houthi dari Kedutaan Yaman di Damsyik.Ia telah memberikan tamparan diplomatik kepada usaha pengiktirafan antarabangsa militia.

Seorang pegawai kerajaan Yaman memberitahu Arab News bahawa rejim Syria menerima permintaan daripada kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk mengusir Houthi dari bangunan kedutaan dan bahawa kerajaan Yaman sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan semula hubungan diplomatik dengan Syria dan menghantar dutanya sendiri.

Ini juga sudah ada perubahan dalam dasar luar Syria yang tidak mengiktiraf Houthi sebagai kerajaan di Yaman. Selepas mengadakan hubungan rasmi dengan negara-negara Arab Teluk pendirian Asad pun telah berubah ke atas Iran. Pada 23 Disember 2023, serangan udara Israel di luar ibu kota Syria Damsyik telah membunuh seorang penasihat kanan dalam Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), menurut laporan dari media negara Iran.

Sejak Disember 2023, Iran mendapati pengaruhnya besar ke atas Damsyik semakin terhakis, dengan Assad semakin melakarkan hala tuju bebas yang sering bercanggah dengan objektif serantau Tehran. Kecurigaan Iran terhadap Assad semakin mendalam selepas beberapa siri kebocoran yang mendedahkan pergerakan pegawai IRGC yang memuncak dengan serangan Israel ke atas pegawai ini di Syria.

Pasukan Quds, yang pernah diberi pergerakan yang agak bebas di Syria, kini mendapati pergerakannya semakin disekat oleh pihak berkuasa Syria, dengan Assad enggan membenarkan penggunaan Dataran Tinggi Golan sebagai barisan hadapan yang berpotensi menentang Israel. Mungkin yang paling provokatif bagi Iran ialah Damsyik telah mula mengehadkan aktiviti keagamaan Syiah di seluruh Syria-satu cabaran langsung kepada usaha Iran untuk mengembangkan pengaruh ideologi dan
budayanya di rantau ini.

Pada April 2024, Israel melancarkan serangan ke atas sebuah bangunan tambahan konsulat Iran di ibu negara Syria, semalam, dengan sekurang-kurang lapan mangsa dilaporkan terbunuh. Menurut laporan media Iran, antara yang maut ialah komander kanan Pasukan Quds bawah Kor Pengawal Revolusi Islam, Brigedier Jeneral Mohammad Reza Zahedi.

Pada September 2024 merupakan bulan yang memberikan tamparan paling ketara kepada Hezbollah sejak penubuhannya pada awal 1980-an kerana. serangan udara Israel di selatan Lubnan telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang komander dan pegawai tinggi Hizbollah termasuk Setiausahanya Sheikh Hassan Nasrallah, yang dibunuh dalam serangan di ibu pejabat bawah tanahnya di Beirut pada akhir September.

Pada 14 November, 2024, Ketua penasihat Ayatollah Khamenei, Ali Larijani bertemu Assad di Damsyik untuk membincangkan ‘ancaman akan berlaku’ oleh pengganas selepas intelijen Iran. Assad menolak akan bahayanya dan enggan bekerjasama. Pada 30 November 2024, Tentera Assad berundur dari Aleppo.iQMidEast Center dalam kenyataan X menyatakan Komander IRGC, Major General Javad Ghaffari membuat lawatan di Damsyik pada Oktober 2024 dan membuat penilaian tentang kelemahan Syria dan menyatakan kegagalan Assad untuk serang balas.

Pada 8 Disember 2024 komander kumpulan pembebas Syria, Hassan Abdul Ghani, pada awal pagi Ahad memaklumkan pasukannya berjaya ‘membebaskan sepenuhnya’ bandar Homs, yang terletak di tengah Syria. Dalam satu rakaman di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di sekeliling patung bekas Presiden Syria, Hafez Al-Assad, sebelum menumbangkan patung itu sambil disambut sorakan kuat meraikan kejayaan tersebut.

Selepas pertempuran sengit bermula 27 November, pemerintah kehilangan kawalan ke atas banyak kawasan, termasuk Aleppo, Idlib, dan Hama. Akhirnya, apabila rakyat memenuhi jalan-jalan di Damsyik, pasukan tentera pemerintah mula berundur daripada institusi awam dan kawasan utama, manakala kumpulan bersenjata mengukuhkan penguasaan mereka ke atas pusat bandar. Dengan pasukan Assad kehilangan kawalan ke atas ibu negara, usia 61 tahun pemerintahan Baath dan 53 tahun pemerintahan keluarga Assad, berakhir.

Dalam mesej video di media sosial, Perdana Menteri Kerajaan Bashar al-Assad, Mohammad Ghazi al-Jalali menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu yang dipilih oleh rakyat Syria serta memberikan sokongan penuh. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Assad dan kerajaannya? Assad menjadi sangat tidak popular dalam kalangan rakyatnya semakin sukar termasuk tenteranya, yang majoritinya tidak mahu berperang mempertahankan kerajaannya. Gaji tentera dibayar sangat dan di saat akhir kejatuhan barulah gaji mereka dinaikkan tetapi sudah terlambat.

Askar dan pegawai polis dilaporkan meninggalkan posisi mereka, menyerahkan senjata dan melarikan diri sebelum kemaraan pejuang pembebasan Syria. Dari segi ketenteraan juga, rejim Assad telah lemah selama bertahun-tahun, bergantung kepada sokongan tentera Rusia dan Iran sahaja. Tetapi penganalisis berkata, Rusia terperangkap dalam pencerobohan Ukraine dan sekutu Iran iaitu Hizbollah telah dilemahkan oleh serangan Israel dan kematian Nasrullah dan dengan gencatan senjata bermakna tangan Hezbollah telah diikat – mereka tidak dapat datang menyelamatkan tentera Syria yang goyah.

Di samping itu Syria sedang bergelut ketika ekonominya merosot, dilaporkan disokong sebahagian besarnya oleh perdagangan haram dadah psikoaktif Captagon. Nampak suatu persetujuan telah dicapai antara kerajaan Turkiye, kerajaan di negara-negara Teluk, melibatkan AS dan Isreal dengan Russia dan Iran sebelum kumpulan pejuang Syria menguasai Dansyik dengan memberikan masa untuk Assad dan keluarganya meninggalkan Syria menuju ke Moscow.

Bukanlah satu kebetulan bahawa kemaraan pihak pejuang Syria baru-baru ini yang membawa kepada penyingkiran Assad bermula pada hari yang sama gencatan senjata Israel-Hizbollah ditandatangani. Tentera Hezbollah telah lumpuh, dan ramai anggota tenteranya telah keluar dari Syria untuk mengukuhkan sempadan selatan Lubnan.

Pejuang pembebasan Syria memilih saat ini untuk menyerang, kerana mengetahui bahawa Iran juga terlalu lemah dengan perang Israel-Hezbollah untuk datang membantu Assad. Kesan domino ini telah mengakibatkan terburainya “paksi penentangan” Iran. Apa yang pasti Tehran telah kehilangan cengkaman kuatnya ke atas Syria dan Lubnan.

Penulis adalah pemerhati geopolitik dan perhubungan antarabangsa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here