Kim Raymond atau Kim Amal Raymond sah bergelar isteri kepada pengarah filem, Zahir Omar dalam sebuah majlis pernikahan, semalam

KUALA LUMPUR – Bekas isteri Keith Foo, Kim Raymond sah bergelar isteri kepada pengarah filem, Zahir Omar selepas melangsungkan pernikahannya, semalam.

Pempengaruh terkenal itu telah tampil anggun mengenakan busana pengantin rekaan pereka terkenal, Adila Long dan sentuhan solekan eksklusif oleh jurusolek, Tiar Zainal.

Dalam hantaran di Insta Stories, dia juga tidak ketinggalan berkongsi beberapa detik indah sepanjang majlis perkahwinannya.

“Syukur alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Zahir Omar dan Kim Raymond kini sah sebagai suami isteri,” kongsi salah seorang kenalan pasangan itu.

Perjalanan Kim untuk mendirikan rumah tangga ini turut menarik perhatian apabila beliau dilaporkan telah memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al Khaadem, Petaling Jaya.

Perubahan besar itu dikongsikan di media sosial, termasuk di akaun Instagram Newmuslimcommunity yang memuat naik foto Kim Raymond atau nama Islamnya, Kim Amal Raymond dalam penampilan sopan mengenakan jubah dan tudung hitam.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Malaysia yang mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia, Keith Foo pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Skylar Raymond, yang lahir pada 30 Mei 2017.

Namun, perkahwinan mereka berakhir pada Disember 2019 apabila kedua-duanya memilih untuk berpisah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast