Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari menunjukkan kenderaan yang dirampas pada sidang media berhubung penangkapan kes cubaan bunuh bersenjata di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes cubaan bunuh di Sentul ditahan dalam beberapa siri serbuan antara 4 hingga 8 Disember lalu  di sekitar Selangor.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kesemua suspek itu lelaki tempatan berusia antara 24 hingga 37 tahun.

Ia bermula apabila satu insiden mengejar beberapa suspek yang melarikan diri di Jalan Lang Hitam, Manjalara Kepong pada pukul 5.15 petang pada 4 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, polis telah melepaskan satu das tembakan kepada tayar kenderaan selepas mereka cuba melarikan diri.

Ahmad Sukarno berkata, semasa kejadian, polis sedang melakukan rondaan dan telah terserempak dengan kenderaan tersebut yang dalam keadaan mencurigakan.

“Kenderaan tersebut kemudian diarahkan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan namun suspek terus memecut laju dan hendak melanggar anggota polis yang bertugas,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebahagian barangan rampasan yang digunakan suspek bagi kes cubaan bunuh pada sidang media berhubung penangkapan kes samun bersenjata di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 DISEMBER 2024.

Dalam serbuan selepas itu, polis turut merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kenderaan 4×4 Ford Ranger yang digunakan semasa kejadian.

Sebahagian kenderaan yang dirampas pada sidang media berhubung penangkapan kes cubaan bunuh di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 DISEMBER 2024

“Kesemua suspek yang ditangkap telah direman selama lima hari sehingga hari ini dan rekod lampau mendapati terdapat pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau seperti jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek juga positif dadah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan bunuh yang boleh dihukum penjara selama 20 tahun jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here