KUALA LUMPUR – Hujan berterusan selama empat hari diramal berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula Isnin depan (16 Disember).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Selain itu, Pahang yang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin akan mengalami hujan berterusan untuk tempoh sama. – MalaysiaGazette