KUALA LUMPUR – Beberapa rangka tulang dan rangka manusia ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di kawasan semak dekat Batu 7, Jalan Miri, Bintulu.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis Alexson Naga Anak Chabu, penemuan itu dilaporkan oleh seorang lelaki, semalam.
“Siasatan mendapati ada beberapa rangka tulang dalam keadaan berkelompok dipercayai merupakan rangka manusia.
“Lawatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan setakat ini, identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Alexon Naga berkata, siasatan sehingga kini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.
“Saya meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau ahli keluarga, saudara mara dan rakan yang hilang untuk tampil atau menghubungi balai polis berdekatan.
“PDRM amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri,” tambahnya. – MalaysiaGazette