Qantas

SYDNEY- Banyak penerbangan di Australia dijangka ditunda susulan ratusan jurutera Qantas mogok di seluruh negara berhubung pertikaian kadar gaji dengan syarikat penerbangan tersebut.

Menurut laporan media tempatan, kira-kira 500 jurutera di lima lapangan tersibuk di Australia iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide dan Perth meninggalkan kerja masing-masing jam 3.30 pagi, Jumaat (waktu tempatan) dan tidak akan kembali semula sehingga 7.30 pagi, Sabtu.

Ini berikutan kegagalan rundingan berkaitan gaji di antara Qantas dan beberapa kesatuan sekerja yang mewakili jurutera berkenaan.

Seorang jurucakap Qantas berkata, syarikat penerbangan tersebut mempunyai beberapa pelan kecemasan bagi menangani masalah penerbangan tertunda.

Untuk rekod, jurutera-jurutera berkenaan meminta supaya gaji mereka dinaikkan sebanyak 15 peratus dengan segera diikuti peningkatan tahunan sebanyak lima peratus.

Qantas sebelum ini menawarkan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus dalam tempoh tiga tahun. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here