KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.
Lee Chee Hooi atau Ah Fai, 40, mempunyai alamat terakhir di No 29, Jalan Lim Hoe Lek, Taman Union, 25300 Kuantan, Pahang.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Habil Arshadi Rosdin di talian 09-5716000 atau 011-33510265 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette