Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang turut melakukan pemantauan paras air di Masjid Kg Kuala dekat Bera pagi tadi

KUANTAN – Tiga daerah Di Pahang iaitu Temerloh, Bera dan Maran masih terjejas akibat banjir.

Menerusi Jawatan Pengurusan Banjir Negeri Pahang, lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka menempatkan 59 penduduk yang melibatkan 17 keluarga.

”Sebuah PPS di Temerloh menempatkan sebuah keluarga dan tiga lagi PPS di Bera menempatkan 12 keluarga dan empat buah keluarga di Maran.

”Lima PPS tersebut ialah Surau Kampung Lompat di Temerloh, Balairaya Kampung Baru Pertanian di Maran serta Masjid Sungai Mengkarak, Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh dan Balai raya Kg. Kampung Seberang Guai di Bera,” katanya.

Sebanyak 13 PPS dibuka sejak banjir melanda Pahang pada minggu lalu, menempatkan 298 penduduk membabitkan 89 keluarga.

Enam PPS di Maran, dua PPS Jerantut yang dibuka pada 10 Disember sehari kemudian.

Sementara itu, tujuh sungai di negeri ini merekodkan paras waspada, tujuh lagi sungai di paras amaran dan Sungai Pahang di Lubuk Paku Maran di paras bahaya.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang melakukan pemantauan paras air dan kawasan-kawasan yang berisiko banjir di tiga stesen di daerah Bera.

Stesen Kg Kuala Triang menunjukkan trend air menurun namun beberapa halaman beberapa buah rumah masih dinaiki air.

”Manakala Masjid Kg Kuala  merekodkan trend air menurun namun air masih termenung di kawasan  masjid.

”Di kawasan PPRT Kg Mengkarak juga menunjukkan trend menurun ekoran cuaca semakin baik dan mangsa banjir dalam proses pembersihan rumah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here