Kredit : Bomba Sabah

KOTA KINABALU – Tiga pekerja kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat solar di bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa dikenali sebagai Gimbal, 25, Salleh, 34, dan Wong, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan.

“Bomba menerima panggilan pukul 10.46 pagi dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pukul 10.48 pagi. Laporan mengatakan empat pekerja melakukan kerja di lokasi berkenaan namun seorang mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Pekerja lelaki yang terselamat itu dikenali sebagai Dani berusia 20an.

Kenyataan itu memaklumkan pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 12.03 tengah hari,” katanya sambil menambah pegawai daripada Sabah Electricity Sdn Bhd dan Kementerian Kesihatan serta anggota polis turut serta dalam operasi itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here