BANGKOK- Pihak berkuasa Thailand menahan dua lelaki susulan letupan bom berhampiran sempadan Myanmar yang membunuh tiga mangsa dan mencederakan 48  yang lain dalam festival yang dihadiri 8,000-9,000 orang itu.

Menurut polis, dua mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Katanya, sebuah peranti eksplosif meletup di lantai tari sebuah festival di daerah Umphang, Thailand, Jumaat lalu.

Polis Thailand berkata, mereka telah menahann seorang remaja tempatan dan seorang lelaki yang menganggotai Karen National Union (KNU), sebuah kumpulan rebel etnik minoriti yang berjuang untuk pasukan tentera Myanmar sejak berdekad lalu untuk mendapatkan autonomi di negeri Karen, Myanmar.

Menurut Ketua Polis Tak, Mejar Jeneral Samrit Ekamol, suspek warga Myanmar itu disyaki melontar bom selepas bertempur dengan “musuh”. -AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast