Anas Zahrin dan Che Ta.

KUALA LUMPUR – Seorang usahawan, Anas Zahrin membantu menyelesaikan hutang pelakon Rozita Che Wan selepas tular dakwaan pelakon itu tidak membuat bayaran kepada seorang kontraktor sebelum ini.

Kontraktor yang dikenali sebagai BaNi Rahman itu mendedahkan Anas membantu membayarkan hutang Rozita atau mesra disapa Che Ta sebanyak RM7,000 itu.

Jelas BaNi, dia tidak menyangka Anas mahu melunaskan hutang yang Che Ta, 51, dan menyifatkan usahawan itu sebagai sahabat sejati.

“Pagi tadi saya dapat mesej daripada salah seorang sahabat baik Rozita iaitu Anas. Syukur Alhamdulillah dia dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya.

“Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa sahabat macam ini. Bukan senang nak dapat sahabat baik macam ini sudi tolong waktu Rozita tengah susah, diam-diam pula tu tanpa pengetahuannya,” katanya.

BaNi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya di sini hari ini.

BaNi berkongsi perbualan WhatsApp menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Sementara itu, BaNi turut mengucapkan terima kasih kepada Anas dan mendoakan agar perniagaan yang diusahakannya bertambah maju.

Menurutnya, wang yang diterima daripada Anas itu akan dibayar kepada pekerja dan selebihnya berniat untuk menyimpan bagi menunaikan ibadah umrah.

“Terima kasih banyak Anas sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga perniagaan tuan bertambah maju. Amin ya Allah.

“Duit bayaran RM7,000 ini akan selesaikan hutang pekerja dan selebihnya insya-Allah saya akan gunakan untuk mengerjakan umrah. Memang dari dulu lagi teringin sangat nak pergi umrah. Moga Allah jemput saya ke sana,” katanya.

Tambah BaNi lagi, dia sudah pun memadam hantaran yang dibuat sebelum ini dan tidak menyangka perkongsiannya tentang hutang yang tidak dibayar oleh Rozita menjadi tular di media sosial.

Sebelum ini, sebuah akaun Instagram milik seorang kontraktor dalam bidang pemasangan rumput palsu mendakwa syarikatnya BANI Grass diupah oleh Che Ta untuk memasang rumput tiruan di kediamannya.

BaNi berkata, bagaimanapun dia sudah melakukan kerja asas sehinggalah sampai peringkat akhir mahu memasang rumput tiruan, namun terkejut apabila Che Ta memanggil syarikat lain untuk memasang rumput itu di rumahnya.

Difahamkan Che Ta memberi alasan rumput tiruan itu ditaja oleh syarikat terbabit, sekali gus permintaan BaNi Rahman mendapatkan upah kerjanya selama seminggu berulang alik dari Melaka serta kos barang sudah digunakan tidak dilayan oleh Che Ta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here