ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis menjalankan ujian saringan air kencing terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Hussein Wilson berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ujian itu bukan ada kaitan mendapatkan khidmat pengiring polis seperti yang didakwa sebelum ini.

“Ujian urin dibuat bukan disebabkan dia minta bantuan polis untuk mengiring bagi melaksanakan perintah interim hak penjagaan anak sebaliknya ada laporan dibuat terhadapnya berkaitan dadah.

“Jadi polis perlu melakukan ujian air kencing ke atasnya bagi mengesahkan aduan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas operasi pemotongan bekalan elektrik premis perjudian di sekitar daerah ini hari ini.

Wan Mohd. Zahari turut menjelaskan, pihak polis memberi bantuan pengiring bagi tujuan keselamatan dan mengelak berlaku pergaduhan.

“Dia datang ke balai untuk bantuan iringan keselamatan dan pada masa tersebut sudah ada laporan ke atasnya,” tambah beliau.

Dua hari lalu Zahnita mendakwa terpaksa menjalani ujian air kencing sebelum berjaya mendapatkan hak jagaan dua anak perempuannya.

Wanita itu mengakui berdepan detik mencemaskan ketika diminta untuk melakukan ujian berkenaan susulan ada dakwaan mengatakannya terlibat menggunakan bahan terlarang.

Bagaimanapun Zahnita akur untuk melalui prosedur itu demi membolehkan mendapat hak jagaan anak perempuannya, Zasharayna Ghouse, 12, dan Zahlia Syaw, 7, selepas dibenarkan mahkamah dan membuat permohonan bantuan polis pengiring di Ibupejabat Polis Daerah Kuantan.

”Alhamdulillah, Allah Maha Besar, keputusan urin negatif, saya dapat hak jagaan terhadap dua anak perempuan,” katanya.

Zahnita dilaporkan lega selepas berjaya memperoleh perintah sementara hak penjagaan anak-anaknya daripada suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor. – MalaysiaGazette

Zahnita kena jalani ujian urin sebelum dibenarkan ambil anak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here