Anggota polis didakwa membuat isyarat lucah pada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, susulan itu satu siasatan dalaman telah dibuka terhadap anggota terbabit yang kini bertugas di kawasan ibu negara.

“Siasatan telah dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular perkongsian di media sosial seorang anggota polis  membuat isyarat lucah kepada seorang wanita baru-baru ini ketika menyertai satu protes di ibu negara.

Dalam hantaran wanita itu di akaun media sosialnya, memaparkan anggota terbabit membuat beberapa isyarat lucah hasil daripada tangkapan lensa kameranya.

“Isyarat ini diulang beberapa kali, untuk memastikan saya nampak dia dan waktu itu, saya berdiri seorang diri di tangga jejantas.

“Jadi sudah pasti dia tujukan kepada saya. Pegawai di sebelahnya telah menyaksikan ini dan hanya gelak,” dakwa Intan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here