Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sehingga jam 6 pagi tadi. Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri yang masih terjejas.
Johor mencatat sejumlah 36 mangsa daripada satu keluarga dan ditempatkan di satu PPS di daerah Segamat. Manakala, satu PPS dibuka di Pahang di Maran yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga.