Foto: Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan ombak semalam ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam di Pantai Kandis, Bachok, Kelantan pagi ini

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, mayat mangsa berusia lapan tahun itu ditemui orang awam pada jam 11.15 pagi sebelum memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk tindakan lanjut setelah identiti mangsa disahkan oleh pihak polis dan keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz dilaporkan sedang bermain di kawasan pemecah ombak bersama ahli keluarga dan jirannya sebelum didapati hilang oleh ibunya dan disyaki telah dihanyutkan oleh ombak kira-kira jam 7 petang semalam.

Menurut Erwan Shah, selain Agensi Penguatkuasaan Maritim malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut membantu dalam operasi CARILAMAT yang dilakukan kira-kira 6 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh iaitu berdekatan kawasan Pulau Kambing, Bachok.

Tambah Beliau, operasi CARILAMAT yang berlangsung selama dua hari itu meliputi kawasan pencarian seluas 12 batu nautika persegi menggunakan empat buat bot dari Maritim Negeri Kelantan, Pasukan Polis Marin, Bomba dan APM.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya menangguhkan dahulu aktiviti di pantai ketika Musim Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara ketika ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here