KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menjawab spekulasi yang mengaitkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Menteri Besar Selangor, menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.
Zafrul berkata, beliau akan membuat kenyataan media berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.
“Kita ada dengar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membuat kenyataan bahawa beliau akan kekal sehingga akhir penggal,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat sekaligus menggantikan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ,beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Zafrul untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Amirudin menjawat jawatan Menteri Besar Selangor ke-16 sejak Jun 2018 selain memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dan Naib Presiden PKR.
Sementara itu, Tengku Zafrul menafikan kenyataannya itu mempunyai kaitan dengan Kongres Nasional PKR yang sedang berlangsung di Shah Alam, Selangor. – MalaysiaGazette
Saya akan kekal sebagai MB Selangor sehingga akhir penggal – Amirudin