Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas Jalan Coastal berhampiran Sutera Avenue, di Kota Kinabalu, Sabah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi tadi ketika kenderaan dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an datang dari arah Centre Point menuju ke Tanjung Aru.